Tentang Kami
Kelab Olahraga Ultra
Kelab Olahraga Ultra adalah kelab sukan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan telah diluluskan pendaftaranya di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan pendaftaran bermula 19 Disember 2022 dengan no pendaftaran persatuan No: C-PRK-12424. Oleh yang demikian, kami adalah sebuah kelab yang rasmi dan giat menganjurkan program terutama sukan olahraga seperti fun run, trail running dan apa-apa acara yang melibatkan larian.
Click here to edit the title
Kami komited dalam menganjurkan program untuk ahli dan masyarakat setempat. Kami sentiasa memastikan program yang dianjurkan berketepatan dengan misi dan visi kami diantaranya: (a) bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan olahraga. (b) mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan olahraga. (c) mengendali kursus dan latihan.